COACH CAPTAIN turned TRUCKER (small time BLOGGER)

Jumaat, 20 Mei 2011

BILA MUSIM HUJAN

Berikut adalah beberapa gambar yang sempat abang snap pada satu kemalangan jalanraya yang abang temui sewaktu di perjalanan. Kemalangan ini melibatkan sebuah kereta Perodua Kancil, Proton Wira Dan sebuah lori treler muatan wire rod jenis Hino SH63. Dua mangsa maut dalam kemalangan ini.

Menurut saksi, Kancil dan Wira ini dari laluan bertentangan dengan lori treler itu telah terlebih dahulu terlibat dalam kemalangan sesama mereka. Lori treler  ini merempuh kedua-dua kenderaan yang merintang memasuki di tengah-tengah laluannya ketika hujan lebat walaupun ia cuba membrek sehingga kesannya dapat dilihat kira-kira 200 meter sebelum lokasi kemalangan itu.

Amati dengan penuh keinsafan. Tolong jangan komen yang tidak sepatutnya pada yang telah tiada.

AL-FATIHAH.

Rabu, 18 Mei 2011

RnR SEMAKIN HILANG IDENTITI MALAYSIA

Setiap kali abang terasa kering tekak dan perut menggigit sewaktu di perjalanan melalui lebuhraya PLUS sudah tentu cuma RnR sahaja lah tempat yang ada untuk menghilangkan lapar dan dahaga.
RnR TAPAH arah Utara

Ahad, 1 Mei 2011

BILA LORI CEMBURU


Pukul 2 pagi adalah waktu tidur. Antara waktu paling enak menarik selimut sambil bermimpi dicekik hantu.

Begitu pun antara tidur dan tugasan,hati jadi berbelah bagi. Rasa tanggungjawab kadang kala mengatasi rasional dan logika. Di ketika inilah emosi dan akal bertingkah rasa.

Lori ni, cuma tinggal 5 kilometer lagi menghampiri destinasinya. Pemandunya, sudah terlalu mengantuk pada jam 2 pagi tadi tetapi dia cuba juga untuk menyampaikan kelokasi namun ketempat lain juga ia mendarat (atau meng'air' ?). Lalu dia terlelap di stereng. HINO 500 yang cemburu bila pemandunya tidur,mengambil keputusan untuk baring juga di dalam parit ini.
Mujur airnya cetek.
Sewaktu abang tiba di lokasi kejadian,pemandunya sedang merenung lori yang masih terendam di dalam parit bersama muatan (ikan yang akan ditinkan).
Sambil menjadi bahan senda gurau rakan-rakannya, juga pemandu dari syarikat yang sama. (Barangkali mereka terlupa yang malang itu tidak pernah kenal siapa)

Antara tugasan,mengejar masa,mengukur jarak waktu, abang tidak pernah peduli walau se 'urgent' mana pun trip itu,jika mata sudah tidak mampu celik maka tidur adalah ubat yang paling mujarab.
Tiada petua yang lain. Titik.

Mobile blogging dari kabin 124L 360

Tinggalkan Jejak setelah menatap bingkisan ini, walaupun hanya dengan sebaris ayat...
Comments
Comments