COACH CAPTAIN turned TRUCKER (small time BLOGGER)

Ahad, 3 Mei 2020

𝐊𝐀𝐋𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐌𝐀 𝐌𝐄𝐌𝐀𝐍𝐃𝐔 𝐁𝐀𝐒

Bas yang di dalam cerita ini


Lingkungan awal 90an, selepas beberapa waktu abang zul bekerja sebagai pemandu lori yang bermula dari lori 1 tan, kemudian 3 tan dan seterusnya 8 tan (dalam syarikat yang sama) terasa ingin beralih angin untuk memandu bas pula 😅

Lesen Memandu Vokasional abang zul hanya setakat GDL sahaja pada waktu itu, maka wajiblah mengambil ujian memandu untuk PSV pula.
Lalu abang zul berkunjung kembali ke Sekolah Memandu Berjaya (Berjaya Driving School) di Chai Leng Park (ketika itu) untuk ''belajar'' memandu bas dan seterusnya mengambil ujian PSV (kononnya 😆)

Setibanya di Berjaya Driving School, abang zul disapa oleh cikgu yang sebelum ini telah ''mengajar'' ketika ujian GDL dahulu.
''You mau angkat PSV pulak ka?'' sapa cikgu Tan.
''Ya, cikgu''
''Ok, no problem, jom kita terus angkat test card. Ini hari ada test bas'' kata beliau dengan yakin.
''Mana boleh, saya belum belajar lagi bawak bas'' abang menyangkal kerana belum sekali pun memandu bas di mana-mana sebelum itu.
'' Tarak hal laa... Lu mesti pass punya, wa tau la. Dulu lu test GDL pun satu kali pass terus apa?
Wa ajar lu 3 kali saja lu sudah pass, lupa ka? ''
Cikgu Tan mengimbau kembali sewaktu dia mengajar abang zul pada kali pertama dulu.

𝗔𝗱𝗮 𝗿𝗮𝘀𝗮 𝗻𝗮𝗸 𝗖𝗼𝗽𝘆𝗣𝗮𝘀𝘁𝗲? - 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 & 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗗𝗜𝗜𝗭𝗜𝗡𝗞𝗔𝗡 𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗦𝗘𝗞𝗔𝗟𝗜.

Memang benar, entah di mana tuahnya abang zul, hanya dengan 3 kali belajar memandu & parking lori Isuzu V10SS, 10 roda milik sekolah memandu yang tak pernah disentuh oleh abang zul sebelum itu, malahan tanpa sebarang percubaan memandu di mana-mana, abang dapat lulus ujian GDL. Barangkali memang Rezeki dan Izin Allah SWT.
Alhamdulillah.

Maka abang pun terus mengikuti cikgu Tan ke JPJ untuk membeli Test Card dan seterusnya akan mengambil ujian memandu bas untuk mendapatkan PSV (kononnya 😛)

Setelah semua urusan berkaitan selesai, abang dibawa menaikki bas yang akan digunakan untuk ujian (gambar atas )
Di dalam bas terdapat kira-kira 15 orang lain yang abang tak kenali langsung, yang akan sama-sama diuji JPJ termasuklah seorang kakak yang berusia lingkungan 30an.

Di dalam bas, yang ketika itu sedang dipandu kehadapan & kebelakang oleh salah seorang yang juga akan mengambil ujian (nampak lain macam punya lagak dia duk conquer stereng) tiada seorang pun yang sudi melayan teguran abang zul, melainkan seorang pemuda Cina yang kebetulan duduk di sebelah.
Katanya; '' Ini bas sudah modified. Chassis saja Bedford, tapi itu gearbox sama enjin sudah tukar lori Hino punya. Ada power steering lagi'' ujarnya.
Itu sangat mengembirakan abang, kerana serba sedikit sudah mendapat tips cara untuk memandu bas yang belum pernah abang zul sentuh ini kerana kebetulan lori yang abang pandu adalah jenama Hino (ingat lagi kisah telefon ATUR tu? 😛)

Tidak berap lama kemudian, Penguji JPJ naik bas dan memanggil nama seseorang, lalu terus diarahkan memandu keluar dari kawasan JPJ.

Harus abang nyatakan, zaman itu sesiapa yang mengambil ujian PSV, hanya perlu memandu sahaja bas mengikut laluan yang diarahkan Penguji JPJ sehingga disuruh berhenti ditepi jalan (kebiasaannya bus stop) dan kemudian pelajar lain pula dipanggil untuk diuji dan menyambung Perjalanan sehinggalah semuanya telah diuji dan kembali ke Pejabat JPJ.
Tiada ujian lain, kerana kami yang telah memilikki E Full dianggap tidak perlu megambil ujian Parking lagi. Simple.

Sekarang? Litar pintas semua ada, noo... Serabut woo... hahaha 😂

Kembali kedalam bas, satu perkara yang abang perhatikan semasa pelajar lain memandu, setiap kali bas hendak mula bergerak, pasti akan terasa terhenjut-henjut seolah-olah bas terlalu ''power'' tetapi dipaksa untuk bergerak dengan perlahan. (istilahnya control klac)
Agak musykil sedangkan mereka semua TELAH BELAJAR memandu bas yang sama entah berapa kali sebelum hari Ujian JPJ.
Abang yang belum pernah mengetahui setakat mana tinggi rendah klac & brek menjadi agak gusar. Khuatir terlepas pedal klac,enjin mati dan GARENTI FAILED ☹️

Satu ''petanda'' kiranya kita sedang diuji dan kita akan ''FAILED'' adalah apabila JPJ membiarkan kita memandu agak jauh, masuk simpang, keluar simpang, berhenti, jalan semula sehingga 2- 3 bus stop tapi belum diarahkan tukar kepada pelajar lain. Kompom berpeluh dan 99% anda akan FAILED 🥶(zaman dulu laa 🤣)

𝗔𝗱𝗮 𝗿𝗮𝘀𝗮 𝗻𝗮𝗸 𝗖𝗼𝗽𝘆𝗣𝗮𝘀𝘁𝗲? - 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 & 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗗𝗜𝗜𝗭𝗜𝗡𝗞𝗔𝗡 𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗦𝗘𝗞𝗔𝗟𝗜.

Akhirnya nama abang zul dipanggil penguji JPJ dan mengambil tempat di driver seat. Rasanya SEMUA PELAJAR DI DALAM BAS sedang merenung seorang YANG TIDAK DIKENALI SEBELUM INI tiba-tiba timbul, terus NAK TEST sahaja😂

Memang perasaan bercampur baur sebab tidak pernah berada di kokpit bas itu sebelumnya.
Teringat akan henjutan ketika mula bergerak oleh pelajar lain yang semuanya menggunakan gear 2 untuk bergerak, abang mengambil keputusan menggunakan gear 3 untuk mula bergerak.
(bersandarkan pengalaman memandu Hino FF yang mana kami gunakan gear 3 ketika lori kosong dan gear 2 hanya digunakan ketika muatan penuh)
Alhamdulillah, bas meluncur dengan SMOOTH menggunakan gear 3, dan kedengaran bunyi bisik-bisik dibelakang sana, barangkali hairan - Dia ni mai dari mana? Pegang sekali, terus ON. Hahaha... (abang tersenyum-di dalam hati 😊)

Ada riak kekaguman pada penguji JPJ (melihat bas meluncur tanpa henjutan, mungkin - ataupun abang yang perasan kot 🤭) dan abang terus memandu sehingga lah... tak sempat habis gear (6 speed) tiba-tiba disuruh berhenti di bus stop berikutnya.
Ceh! Belum puas rasa memandu bas, dah kena stop. Tak sampai 3 km rasanya.

Nama pelajar lain dipanggil dan abang kembali ke sebelah pemuda Cina tadi.
''Waaa... lu bawak banyak smooth aaa?'' dia memuji.
''Jalan tarak goncang-goncang woo, lu apa macam bikin?'' dia meminta petua.
Abang kongsikan petua gear 3 tadi, dan ketika tiba giliran dia, juga sangat SMOOTH pergerakan bas.
Balasan yang abang berikan kepada orang yang sudi berkongsi maklumat pada awal tadi.

Selesai ujian, kami menunggu beberapa ketika untuk mendapat keputusan dan Alhamdulillah, abang dan pemuda Cina itu LULUS bersama beberapa orang lagi.
Hampir seperempat dari pelajar yang mengambil ujian bersama kami gagal termasuk pelajar yang asyik memandu kehadapan dan kebelakang masa abang mula naik bas tu, ingat lagi?

Mereka memandang abang zul dengan suatu renungan pelik - tak tahulah apa yang bermain di fikiran mereka yang gagal ujian JPJ pada hari itu...

Terima kasih, cikgu Tan atas kepercayaan. Wa caya sama Lu. Lu caya sama Wa.

𝐉𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐋𝐔𝐏𝐀 𝐃𝐈 𝐌𝐀𝐍𝐀 𝐀𝐍𝐃𝐀 𝐁𝐄𝐑𝐌𝐔𝐋𝐀

𝗔𝗱𝗮 𝗿𝗮𝘀𝗮 𝗻𝗮𝗸 𝗖𝗼𝗽𝘆𝗣𝗮𝘀𝘁𝗲? 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 & 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗗𝗜𝗜𝗭𝗜𝗡𝗞𝗔𝗡 𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗦𝗘𝗞𝗔𝗟𝗜.


Tambah mana yang kurang, ambil mana yang lebih. Tinggalkan jejak kehadiran anda walaupun hanya dengan sebaris ayat...