PRIME MOVER tanpa lift axle
Entry ini abang buat atas permintaan seorang yang serupa pangkal namanya dengan abang.
Zul singgah di shoutbox abang dan bertanya apakan perbezaan antara angkat roda tengah dengan angkat roda belakang.
Roda apa yang nak diangkat ? Dah tu ada tengah, ada belakang pulak ?
Begini ... Arakian maka tersebutlah kisah pada suatu hari, ada sebuah prime mover. (isk ! Dah macam Hikayat Malim Deman pulak..)
Kita bagi bahasa mudah cukuplah...
Angkat roda / tayar prime mover, ikut istilah teknikalnya lift axle. Perhatikan gambar dibawah.
Yang ini pulak.
Kalau yang ini?
KREDIT GAMBAR: google image
Yang ini kat treler pulak
Dan yang ini juga.
Apabila tiada muatan atau hanya prime mover sahaja, lift axle akan dinaikkan dengan menekan satu suis di dalam kokpit. Sekiranya tidak dinaikkan lift axle akan menambahkan drag pada roda dan membuatkan tayar itu haus tanpa sebab. Juga akan menambahkan penggunaan bahanapi kerana mengheret roda yang tidak diperlukan pada masa itu.
Terdapat beberapa jenis lift axles sebenarnya.
1. Yang berada di tengah (antara roda depan dan roda belakang sekali prime mover)
2. Yang berada di belakang sekali prime mover.
3. Yang berada di depan sekali dalam set axles treler.
KREDIT GAMBAR: google image
4. Yang berada di belakang sekali pada set axles treler.
Untuk yang no.1, lift axle itu biasanya adalah single wheel. Makna nya ia serupa seperti roda hadapan. Lift axle jenis ini ada pada prime mover / lori buatan Eropah yang diimport terus dari sana samada CBU atau Recondition. Sepengetahuan abang, hanya jenama Scania sahaja yang akan membelok sedikit mengikuti roda hadapan apabila stereng diputar. Ini untuk memudahkan pengendalian terutamanya ketika hendak mengundurkan lori treler itu.
Yang no.2 pula ada pada prime mover buatan Eropah atau Jepun yang di pasang di Malaysia (CKD) tetapi kebiasaannya adalah jenis twin hub.
Untuk no3 dan 4, boleh dikatakan semuanya adalah twin hub dan dipasang di Malaysia.
Hampir kesemua lift axle ini menggunakan air suspension dan terdapat dua pelampung (air bellows) kecil yang khusus untuk mengangkat axle tersebut.
PELAMPUNG (AIR BELLOWS)
KREDIT GAMBAR: google image
Walaupun terdapat banyak kelebihan apabila menggunakan axle yang banyak, agak sukar untuk mengundurkan treler serta mengambil selekoh yang tajam. Disinilah kegunaan lift axle pada treler. Apabila kurang satu axle berada diatas jalan, maka kurang lah drag dan memudahkan untuk pemandu mengendalikan lori treler yang panjang dan berat itu.
KREDIT GAMBAR: google image
Kalau masih ada yang musykil di mana-mana, silakan bertanya...
Seandainya ada dalam pengetahuan, abang akan dicuba untuk menerangkannya.

Ya Allah...walau bukan langsung dibidang saya...ialah kan..surirumah guna senduk dengan periuk belanga je
BalasPadamTapi entri macam ni seronok dibaca. rasanya tuan blog pun seronok menulis sebab ini pengalaman dan kemahiran yang dimiliki.
Saya Retweet entri ni, biar ramai boleh baca dan faham.
artikel yg bagus.. sebelum ni memang tau kenape roda2 tu diangkat tapi x pernah tau pula kenapa depan, kenapa belakang yang di angkat. ingatkan suka2 driver lori tu je nak pilih yg mane 1.. hehe..
BalasPadamperkhh.. padat dan padu lah.
BalasPadamklau diterjemahkan ke audio report, boleh bagi 5/9++, mcm doh atas riba ni....hehe.
Trim kash bg zul.
P/S: Ops..ade sapa2 nak tahu ape tu.."5/9++"..? kena tanya abg zul..
Info yang bagus. Sesuai pentadbir angkutan.
BalasPadamSoalan, apakah pernah abang mendengar KLFM Sahabat...(peminat dj?)
BalasPadamBang, ada member saya Trucker juga, dia kata kat saya axle tu gear box belakang... yang gear box betui tu dia kata speed gear... jenuh saya perbetui tapi dia tetap jugak kata gearbox belakang dan speed gear... habih tu saya tanya dia kalau yang kat ekor treler tu macamana pulak? Dia kata yang tu gearbox mampuih... hehehe...
BalasPadamKujie;
BalasPadamGembira rasa hati bila dapat menyampaikan serba sedikit dari apa yg abg tahu kepada yg selama ini mungkin tertanya2 tapi tak pasti nak diaju pada siapa.
Honestly, saya seronok bila dapat berkongsi.
Terima kasih,Kujie.
Hanafi;
Terima kasih, mudahan selepas ni tiada andaian lagi... :)
Zury;
5 dan 9 ? Agak2 berapa db yer ? Hehehe...
Terima kasih kembali,Zury.
P/S: 5/9 tu adalah istilah operator 'Radio Amatur' apabila menerima isyarat / berita yang amat jelas dan difahami. (nak tahu lebih lanjut tentang Radio Amatur dan warna-warni nya, rujuk pada Zury)
zeqzeq;
Terima kasih kerana sudi singgah di sini.
Abg dah lama sangat tak dengar 97.2 pasal abg menetap di Penang.
Nabeel;
Hehehe... barangkali dia dapat info yg salah dari 'taucu' dia.
Maksud 'gearbox mampuih' tu barangkali merujuk pada sesetengah treler menggunakan axle 2nd hand yang asalnya memang gaerbox. Tujuan penggunaan axle sedemikian adalah utk memberikan ketahanan, kerana axle original memang cukup kuat untuk menanggung beban muatan yg berat berbanding custom made axle yg lebih mudah bengkok.
post yg menarik.diharap abang dpt memperbanyakkan artikel sebegini di masa akan datang
BalasPadamFendi;
BalasPadamTerima kasih kerana suka menatap coretan abg.
InsyaALLAH, akan abg olah lagi apa-apa yang sesuai nanti.
ohh begitu... sy ni nama je belajar automotif.. tp x tahu lak pasal nih.. hehe terima kasih bro... bgs info ni.. tp ramai pemandu lori cakap(depa x bawak lori mcm ni).. dia kata tu tayar spare.. ekekeke
BalasPadamamoi_brand a.k.a. Akuhann;
BalasPadamTak semua benda ada dalam buku. Dan tak semua benda dapat dari perjalanan.
Abg pun masih belajar untuk memahami banyak perkara yg abg tak dapat peluang pelajari, kerana abg tak pernah belajar tinggi (walaupun sekolah abg tinggi- 4 tingkat)
My Open University is this. Internet & friends. Glad that abg have this opportunity to share and to learn in many different ways.
sama lah sy.. banyak belajar dari internet.. kat kolej dulu belajar dgn lecture dari filipina.. jadi nk bertanya tu agak terbatas.. lecture x paham bahasa melayu.. bila guna english.. kita pulak x paham.. yela.. org sebut example.. tp dia sebut exampol...org sebut seven.. dia sebut seben.. kan da pelik jadinya.. hehe.. sory ter merepek pulak..
BalasPadamHann;
BalasPadamhehe... mana de merepek, itu perkongsian. Kisah hidup masing2.
Org Filipina Bahasa Inggerisnya ala2 Amerika, tapi lidah mereka agak bergulung bila menyebut patah2 perkataan kerana pengaruh bahasa ibunda mereka iaitu Bahasa Tagalog.
abg zul,sbenanye sy cukup respek dgn pemandu prime mover sbb bkn senang nk bwk lori treler ni.bkn mcm kenderaan biasa.
BalasPadamsy teringat cerita dulu 'over the top' lakonan sylvester stallone...dlm cite tu die bwk prime mover.fuh best btul.
nway,artikel yg sgt menarik.blog ni pn sgt menarik sbb menceritakan due bende = AR dgn prime mover+trailer. (impian sy nk try bwk prime mover n jdkan AR sbg hobi akn dtg hehe)
Nasa;
BalasPadamTerima kasih kerana suka.
Mudahan impian anda tercapai dlm kedua2 bidang. All the best !
hehe.. sory mencelah.. ade rc prime mover jenama tamiya.. function lebih kurang sama mcm prime mover betul.. bentuk dia sama scania, man, mcm2 lagi.. hehe.. tp mahal.. 6k woooo... haha
BalasPadamyaay..soalan saya dah terjawab..
BalasPadamtq abg Zul..baru sy tau..
Haa... at last.
BalasPadamIngatkan Zul tak baca, atau dah baca senyap2.
Hehe...dekat sebulan baru jumpa yer?
Anyway... harap anda puashati dengan cerita ni.
mmg puas hati, padat btul explaination..thanx abg Zul..
BalasPadamlagi satu sebab bleh jmatkan kos maintainence untuk tayar....
BalasPadam