Salam Hormat;
Abang mula kenal internet sewaktu lewat usia. Tahun 2009 baru kenal apa tu BLOG. Maka terasa nak buat satu. Tak paham sangat pun sebenarnya, tapi teringin jugak nak ada sebuah BLOG.
Kebetulan abang ada kawan yang reti segala benda tentang IT dan isi perutnya. Dengan tunjuk ajar dia, abang mula buka satu akaun blogspot. Maka lahirlah sebuah blog pada hari Selasa 17 Februari 2009. Posting pertama jam 2340hrs.
Tanpa ada sebarang tujuan khusus, cuma tidak mahu terlalu ketinggalan dalam perkembangan IT yang semakin canggih ketika itu.
Abang tidak pernah aktif selepas beberapa post yang kelihatan seolah tiada hala tuju, sekadar beberapa catatan dan gambar tentang perjalanan ke beberapa tempat.

Awal tahun ini, abang kembali menjenguk blog yang sudah sekian lama sepi ditinggalkan. Entah mengapa tetiba datang keinginan untuk menulis lagi. Antara blogger terawal sudi singgah dan komen posting abang tu adalah Saudara Hasrul Hassan. Abang kemudian singgah di blog beliau yang kelihatan amat canggih berbanding blog abang yang teramat ketinggalan zaman.
Hari ni Hasrul buat satu posting berjudul :
Serius ni... abang tak paham apa satu pun tentang 'bloglist' ni.
(tapi abang akan cuba memahaminya pelan-pelan)
Entah betul entah tidak format yang diperlukan oleh Hasrul, tapi abang nak jugak tumpang sekali.
Mudahan persahabatan yang dibina di alam siber ini akan bermanafaat untuk kita semua.
Sekian.
Terima Kasih
...(eh? macam karangan surat kiriman masa SRP dulu la pulak...)
Glossari
Kawan abang : 9W2ALS Alias Salan JB.
OOOOoo begitu ceritanya...
BalasPadamDah aktif sekarang ni, moga terus aktif lah yer bang...
Zury;
BalasPadamDemikianlah ceritera perjalanan seorang dreba yang teringin nak jadi blogger... hehehe...
Mudahan...kalau masa tidak terlalu cemburu...
Kita serupa...zaman SRP
BalasPadamRamai yang kecundang di tengah jalan bab blogging ni, sebab ada yang kecewa mengharapkan indahnya dunia sedangkan realiti bukan semudah itu.
Saya mula menulis blog pada 20 September 2005
Saya suka blog yang original - betul2 menulis apa yang ingin ditulis selagi tidak melanggar hukum agama dan adat.
Tuan blog yang bebas menjadi diri sendiri.... biarpun apa yang ditulisnya hanya 2 baris.
Kujie;
BalasPadamSebaya le kita ni gamaknya ya?
Abg ada sedikit pengalaman tentang ini. Tapi dalam ruang lingkup yg berbeza. Radio Amatur. Kami berkenal mesra dan bersahabat di udara. Berbicara dan bergelak ketawa serta bersedih. Realitinya kami tidak pernah bersua.Hanya kenal pada suara.
Blogger mungkin lebih privacy dari itu, kerana cuma menatap baris2 ayat dan foto kaku atau mungkin streaming video?
Apa pun Kujie, Terima Kasih atas ingatan dan panduan yang mahal itu.
Assalamualaikum..
BalasPadamSaya pun baru jer kenal dgn blog ni..Bulan disember 2010..
Rupa2nya best jadi blogger ni...
bleh brtukar2 citer, tmbah ilmu dan tmbah kwan...
Semoga terus aktif yer....
Salam .. teruskan berblog. Dunia blog tak seperti dulu. Kini lebih meriah dan lebih suara. Malah suaranya lebih kuat hingga ada yang membulatkan mata.
BalasPadamTerima kasih kerana sudi join bloglist.
MP;
BalasPadamTerima kasih atas semangat yang diberi... Mudahan persahabatan yg kita bina atas landasan ini berterusan hendaknya...
Hasrul;
Terima kasih kembali,Hasrul.
InsyaALLAH abg akan teruskan sedaya mampu.
p/s: Rasanya 'format' bloglist yg anda hasratkan tu, boleh diguna pakai pada entry serupa ini, ye? Sebab anda tak komen apa2 tentang tu...hehehe...
hehe.. mcm tu rupanye cerita.. sy pun baru je berblog2 ni.. al maklum lah.. selama ni facebook je tahu main.. tp selalu baca blog org.. sampai lah ondscene buat cabaran pili bomba tuh.. baru tergerak hati nk join buat blog.. rupanye best blog nih.. haha..
BalasPadamp/s : meh la jenguk2 blog sy.. x best mana pon..
Hann;
BalasPadamKalau anda masih ingat. Kita berkenalan (saling berbalas komen) di On D Scene. Kan?
Dari situ minat abg utk kembali mengaktifkan blog yg telah ada sejak sekian lama.
Dah 3 kali tukar nama pun blog kecik abg ni, hehehe...
haha.. ingat2.. mana boleh lupa.. mula2 saje je jenguk2 blog ondscene tu.. tp tergerak hati nk komen2 pulak.. hehehe
BalasPadam