COACH CAPTAIN turned TRUCKER (small time BLOGGER)

Sabtu, 12 Februari 2011

BACA DULU, BARU BELI.


Ini bukan entry tentang kedai buku. Baca 5-6 buku, beli satu majalah nipis. Pernah buat ke macam tu? Aiii... Tak ngaku ae?


Pagi tadi, mintak hero yang seorang tu pergi kedai runcit kat ujung kampung abang ni. Anak remaja kena dididik berdikari serba sedikit. Ewah ! Motivasi petang Sabtu pulak dah.
kredit foto : wikipedia

Suruh dia beli sandwch slice bread. Jenama biasa, semua orang pun kenal. Ingat nak toast pastu sapu ngn peanut butter with strawberry. Sedap gak,kan?

Selalu abang yang beli kat pekan. Sekali sekala nak juga bagi sokongan pada kedai orang kampung.
(walaupun kedai tu serba serbi kurang - dan manjang itu dan ini habis)

Niat baik, tapi lain pulak yang timbul.


Nampak tak tarikh luput kat tag di pengikat bungkusan roti tu? (maaf la kelabu-pasal abang takdak kamera, cuma guna kamera handphone)

Baik, abang jelaskan. Tarikh luput : 13 FEB 11. (13/02/2011).

Hari ni : 12/02/2011. Maknanya esok dah luput. Dah tak boleh dimakan lagi roti tu. Nak habiskan? Maknanya hari ni tak payah makan nasi lah. Cuma ada 3 orang je kat rumah ni. Mak dah tak berapa minat makan roti. Biasanya 3 hari baru habis sebungkus.

Mujurlah dalam rabun-rabun abang ni, sempat jugak baca tarikh luput tu. Kalau tidak, kes naya. Kenapa?

Roti adalah makanan biasa bagi kita. Selalunya sebagai sarapan pagi.
Cicah dengan gulai semalam laaagi syok! (pernah cuba?)

Roti ada tarikh luput kerana salah satu bahan yang dicampurkan dalam resipinya adalah yis.
Kebanyakan roti menggunakan fungi yis. Yis menapai karbohidrat dalam tepung dan sebarang gula, menghasilkan karbon dioksida.

Yis yang mengandungi fungi/kulat baik ini akan melalui satu tempoh di mana ia akan rosak. Istilah kita,berkulat. Akan kelihatan tompok-tompok hijau (kebiasaanya) pada roti yang telah rosak atau luput tarikhnya.

Kalau dimakan juga, akan menyebabkan keracunan makanan. Silap gaya masuk wad.

Kenapa lah agaknya, roti yang cuma tinggal sehari saja tarikh luputnya masih berada di pasaran. setahu abang, pembekal akan menukar roti yang menghampiri tarikh luput sekurang-kurangnya 3 hari lebih awal.
Tidak tahu di mana silapnya. Cuma sebagai pengajaran kepada hero yang seorang tu.

Dengar baik-baik, ayah nak cakap; "lain kali, baca dulu tarikh kat tag ni, kalau 3-4 hari dari tarikh hari ni, baru beli. Faham?"

Si handsome seorang tu cuma tersengih sambil angguk.

p/s: Tadi si handsome pergi kekedai tu, kononnya nak tukar atau ambil balik RM 2.30, tapi kedai dah tutup.
(tuan punya pergi makan angin agaknya)

Kata orang di tempat abang : "LAGU TU LA DOK ADA..." cara orang kita berniaga.

Fedap dah nak beli roti ? Buat sendiri.

Ini resipi dia. KLIK
-->